Izham Ismail dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB

0
70
Advertisement

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (MAB) mengumumkan Kapten Izham Ismail sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan baharu MAB berkuat kuasa 1 Disember.

Beliau yang memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan dilantik menggantikan Peter Bellew yang akan berpindah ke Ryanair.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan MAB hari ini, Izham juga dilantik sebagai Pengarah Eksekutif syarikat penerbangan itu.

Jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk tempoh enam bulan bagi memastikan proses peralihan berjalan lancar.

Dalam kenyataan MAB, Bellew diletakkan di bawah cuti pentadbiran.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here