Jabatan Kejuruteraan ungguli Liga Malam MPK

0
66



Kuantan: Pasukan bola sepak Jabatan Kejuruteraan muncul juara Liga Malam Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), baru-baru ini.

Pada aksi final di padang sintetik MPK 2, di sini, Jabatan Kejuruteraan menewaskan Jabatan Pembangunan Komuniti dan Pelancongan 2-0 sekali gus membawa pulang wang tunai RM1,000 dan piala pusingan.

Selaku naib johan, pasukan itu menerima wang tunai RM800 manakala tempat ketiga diraih Jabatan Perkhidmatan Perbandaran serta Jabatan Pengurusan dan Penguatkuasaan, masing-masing menerima RM500.

Liga anjuran Biro Sukan Kesumba itu menyaksikan sebanyak 10 pasukan dari pelbagai jabatan di MPK mengambil bahagian.

Ahli Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail hadir menyempurnakan majlis penutupan liga selain menyampaikan hadiah kepada pemenang. Hadir sama Yang Dipertua MPK, Datuk Fadzilla Salleh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here