Jabba the Hutt kembali dalam Solo: A Star Wars Story

0
56
Advertisement

KALAU anda peminat Star Wars sejati tentu kenal watak Jabba the Hutt.

35 tahun lalu makhluk jahat itu mati di tangan Princess Leia dalam Return if the Jedi.

Bagaimanapun Jabba akan kembali dalam spin off filem itu Solo: A Star Wars Story.

Perkara ini didedahkan ‘orang dalam’ produksi filem itu.

Sama ada Jabba akan tampil sebagai musuh utama Solo atau sekadar watak sampingan kena tunggu filem itu disiarkan pada 23 Mei depan.

Namun yang pasti Jabba akan kelihatan lebih muda dan bertenaga berbanding sebelum ini.

Kemunculan Jabba selepas 35 tahun ini adalah strategi Disney untuk menarik peminat naskhah asal dunia ciptaan George Lucas itu.

Dalam The Last Jedi yang ditayangkan tahun lalu, watak Yoda ditampilkan semula dalam babak melibatkan konflikdalaman Luke Skywalker

Filem arahan Ron Howard ini juga akan menceritakan detik pertemuan Han dan sahabat karibnya Chewbacca.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here