"Jaga perilaku menaiki tren atau Annabelle akan menghantui anda!"

0
13

PIHAK Rapid KL yang mengendalikan perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) memberi ‘amaran’ terhadap penggunanya menerusi laman Facebook.

Memuat naik dua foto patung seram Annabelle yang sedang berada di dalam tren serta stesen MRT, Rapid KL menyeru agar orang ramai yang menggunakan perkhidmatan awam tersebut menjadi pengguna yang berhemah.

“Dear valued customers, lately we’ve been receiving surprise visits from Annabelle. Mind your manners while you’re on our trains or…. She will haunt you FOREVER. #annabelleisnear #citizenwithmannerswanted #forabetterfuture,” tulis laman Facebook Rapid KL.

BACA: Vandalisme MRT: ‘Fasiliti kelas pertama dan minda kelas ketiga’

BACA: Dedah tabiat pengguna MRT: “Ini bukan aduan tetapi satu maklum balas” – Prasarana

BACA: ‘Anak siapa yang panjat tiang dalam tren MRT ni?’

BACA: Viral gantung buaian dalam MRT, ini adab naiki pengangkutan awam jika tak tahu

Rata-rata netizen gembira dengan sikap pengendali laman Facebook Rapid KL yang menyampaikan mesej penting mengenai perkhidmatan awam tersebut dalam cara santai dan menghiburkan hati.

“Thahirah Jamaludin: Whoever is handling the Rapid KL social media platform, he / she deserves a raise.”

“Ima Sofieya: I think I really fall in love with you admin. Laki ka perempuan masalahnya ni?”

“Danise Liew: I decide to like this page due to the funny admin, salary increment for admin please Rapid KL.”

BACA: Kerusi ditoreh, dinding dicalar: Tak sampai 150 jam beroperasi, stesen MRT diancam vandalisme

“Nor Fauziah: Admin, kita tak naik lagi MRT, tapi all your FB postings make me tak sabar nak naik MRT.”

“Azura Ali: Caya lar Rapid KL! Ayat power, lepas tu rajin melayan komen. Cer kalau page corporate lain, jangankan nak reply complain, komen apetah lagikkk. Good job! Hati akak mudah terhibur. Korang yang balik lewat malam tu, jangan buat-buat tekejuttt bila jumpa Annabella plak naaa.”

Entri tersebut mendapat perhatian netizen semenjak dimuat naik pada petang tadi. Sehingga kini, entri itu mendapat hampir 3,000 komen serta lebih 6,800 perkongsian di laman Facebook.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
 

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here