Jagat sertai festival filem ASEAN di Bangkok

0
52

BANGKOK: Filem berbahsa Tamil ‘Jagat’ akan turut ditayangkan di Festival Filem SAC ASEAN 2017 di sini yang berlangsung selama lima hari bermula 19 Ogos ini.

Filem arahan Shanjhey Kumar Perumal ini memenangi Anugerah Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia 2016.

Ia akan ditayangkan bersama filem dari Vietnam, Myanmar, Kemboja, Singapura, Indonesia dan Filipina di Pusat Puteri Maha Chakri Sirindhorn Anthrophology.

Pembukaan tayangan ialah filem Vietnam ‘Forever Yours’ diikuti ‘Long Time Ago’ keluaran Singapura, filem Filipina ‘Ma Rosa’, ‘Dream Land’ Kemboja, ‘Ziarah. Tales of the Otherworlds’ (Indonesia) dan ‘The Road to Mandalay’ (Myanmar).

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here