Jalaluddin Hassan kembali bergelar suami, kerusi urut RM20,000 jadi hantaran

0
19

AKTOR veteran, Datuk Jalaluddin Hassan sah bergelar suami kepada wanita pilihannya, Rapidah Abdul Ghani, dalam satu majlis ringkas sebentar tadi.

Jalaluddin, 63 tahun, dan Rapidah, 44, dinikahkan oleh abang pengantin perempuan dalam majlis yang berlangsung di Masjid Bandar Tun Hussien Onn, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Jalaluddin menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 kepada Rapidah, namun jumlah wang hantaran dirahsiakan.
Rapidah menerima lima dulang hantaran, termasuk sebuah kerusi urut berharga RM20,000, dan menyerahkan tujuh dulang hantaran sebagai balasan.

Jalaluddin sebelum ini mendirikan rumahtangga dengan Hashimah Mad Ehsan yang meninggal dunia pada November 2016 akibat komplikasi penyakit paru-paru berair dan buah pinggang.

Oktober lalu, Jalaluddin memberitahu media dia sedang dalam proses mengenali seorang ibu tunggal yang dikenali melalui laman sosial Facebook.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here