Jamin KL selamat

0
12



Kuala Lumpur: Pelancong asing yang berkunjung ke ibu kota akan berasa lebih selamat susulan tindakan rondaan lebih kerap dilakukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Ketua Pesuruhjaya APM Mejar Jeneral (B) Datuk Azmy Yahya berkata, pihaknya bekerjasama dengan bahagian penguat kuasa DBKL bagi melakukan rondaan di sekitar ibu kota bermula semalam.

Katanya, APM akan menempatkan sekurang-kurangnya 20 anggota di kawasan tumpuan pelancong seperti di Bukit Bintang, Masjid India, KLCC, Jalan Petaling serta Pasar Borong Selayang.

“Rondaan dilakukan anggota APM adalah bagi menjamin keselamatan pelancong di samping mengurangkan kejadian jenayah jalanan.

“Kami tidak ada kuasa penguatkuasaan tapi DBKL dan polis ada. Jadi kami bekerjasama dengan mereka bagi membantu memudahkan mereka membuat pemantauan dan rondaan setiap hari.

“Rondaan bersama ini diatur mengikut jadual ditetapkan DBKL,” katanya selepas membuat tinjauan terhadap anggotanya yang melakukan rondaan di Bukit Bintang, di sini, malam kelmarin.

Rondaan turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim bersama pegawai dan anggota penguatkuasa DBKL.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here