'Jangan kaitkan arwah Memen'

0
453
Advertisement



PELAKON dan penyanyi Linda Rafar terkilan apabila beberapa netizen mengaitkan arwah anaknya Memen dengan video tarian Keke Challenge yang dilakukannya bersama dua anggota Elite iaitu Azza dan Shasha semalam.

Linda, 40, mengakui sangat kecewa apabila nama arwah yang tiada kena mengena dikaitkan dengan video berkenaan selain meninggalkan komen kurang ajar.

“€œSaya mendapat tahu perkara itu daripada kakak di mana ada netizen tiba-tiba kaitkan nama arwah Memen. Mereka mempersoalkan kenapa saya tergedik-gedik dalam video itu dan cakap tak padan kematian anak.

“€œMemang sedih sangat apabila ada yang sanggup berkata sedemikian dan mengaitkannya. Bukannya saya berseronok tak ingat dunia dan membuat video itu beberapa hari selepas anak meninggal.

“€œBagaimanapun, saya reda dan biarkan sajalah mereka mengata. Semoga mereka diberikan keberkatan dan kembali ke pangkal jalan untuk menjadi individu yang lebih baik,”€ katanya.

Menurut Linda, video berkenaan dibuat mereka hanya sekadar suka-suka dan untuk didedikasikan kepada peminat Elite.

Katanya, mereka membuat cabaran itu sebagaimana artis serta orang lain dan tidak sangka ada juga yang tidak berpuas-hati.

“€œKalau baca komen, ada yang mengutuk dan mempersoalkan kenapa perlu tergedik-gedik padahal kami sudah berumur. Bukannya kami buat aksi melampau pun dan gerak-geri pun kaku saja.

“€œUntuk pengetahuan, idea itu datang spontan sewaktu kami buat perjumpaan untuk membincangkan projek khas Elite akan datang. Lantas, kami pun rakam video itu untuk melihat sejauh mana reaksi peminat kami.

“€œApapun, kami gembira apabila ramai peminat rupanya masih mengikuti serta merindui kami. Selepas video itu dikongsi, jumlah pengikut di Instagram (IG) juga bertambah,”€ katanya.

Linda turut berkongsi mengenai perbincangan mereka untuk projek khas Elite akan datang.

“€œApabila melihat reaksi peminat yang begitu memberangsangkan, ia menguatkan lagi semangat kami untuk merealisasikan projek itu. Mungkin kami akan tampil dengan mini konsert kelak? Doakan yang terbaik,”€ katanya.

Terdahulu, Linda meluahkan kekecewaannya di IG apabila ada netizen mengaitkan nama arwah Memen dengan video itu. Memen atau nama penuhnya Rezaimin Keifli meninggal dunia pada 5 Julai 2014 lalu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here