Jangan percaya berita palsu, tiada 'casting' Polis Evo 2 sepanjang Januari

0
17
PENGARAH Polis Evo 2 (PE 2), Joel Soh meminta orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penyebaran berita palsu mengenai uji bakat filem tersebut.

Berita mengenai uji bakat PE 2 mula viral menerusi aplikasi Whatsapp sejak pagi tadi.

“Saya ingin menegaskan, produksi PE 2 tidak pernah mengeluarkan sebarang pengumuman tentang uji bakat filem tersebut pada Januari 2018.

“Kepada orang di luar sana jangan tertipu dengan penyebaran berita palsu itu kerana apa sahaja perkembangan mengenai PE 2 boleh rujuk di Instagram rasmi kami,” tegasnya ketika dihubungi Astro Gempak.

Tambah Joel, dia ada menghubungi nombor yang tertera pada mesej tersebut tetapi, pihak berkenaan mengakui tidak tahu menahu tentang ‘uji bakat’ yang dijalankan.

“Kepada pihak berkenaan, janganlah sewenang-wenangnya menggunakan nama PE 2 untuk menipu orang lain.

“Kasihan kepada mereka yang percaya dan pergi ke ‘uji bakat palsu’ yang dijalankan,” katanya.

Polis Evo 2 bakal menyaksikan sentuhan Joel Soh selaku pengarah yang menggantikan Ghaz Abu Bakar.

Untuk rekod, filem Polis Evo telah mencapai kutipan pecah panggung RM17.47 juta sejak ditayangkan pada 17 September 2015.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here