Jangan politikkan YKAT – DJ Dave

0
204
Advertisement



“JANGAN politikkan isu penukaran nama Yayasan Kebajikan Artis Tanahair (YKAT),” tegas Datuk Irwan Shah atau DJ Dave, 70.

Kenyatan itu dibuat susulan beberapa pihak cuba mengaitkan penukaran nama yayasan itu daripada nama asal, Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) pada 5 Jun lalu, dengan isu politik.

Beliau yang juga pengerusi YKAT, berkata tiada helah atau kepentingan apabila pihaknya mengambil keputusan itu selepas pertukaran kerajaan baru.

“Langkah dibuat sebagai menyahut kehendak kerajaan baru yang tidak berminat terhadap slogan 1Malaysia diperkenalkan Datuk Seri Najib Razak sebelum ini.

“Malah saya menafikan sekeras-kerasnya langkah penukaran nama itu dibuat kerana kepentingan politik,” katanya.

Kata beliau, jika ada pun kaitan didakwa pihak terbabit, ia sekadar menghormati Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Tegasnya, orang seni bukan orang politik dan sebagai pemegang amanah YKAT, beliau bersama ahli lembaga pengarah lain hanya menurut perintah kerajaan baharu.

“€œYayasan ini bukan berasaskan perniagaan, sebaliknya berkaitan kebajikan dan kami hanya menjaga kebajikan artis dan tiada kena mengena dengan kepentingan peribadi.

“€œKita tidak boleh buat semua orang gembira dan bersetuju dengan kita tetapi kita boleh cuba bergembira dengan semua orang. Orang lain nak cakap apa pun, cakaplah,”€ katanya.

Dave turut menafikan dakwaan penukaran itu bertujuan memudahkan proses meraih dana untuk meneruskan kelangsungan YKAT.

YKAT dulunya dikenali YA1M ditubuhkan pada 2012 berfungsi untuk menjaga kebajikan artis tempatan termasuk penyanyi, pemuzik dan pelakon pelbagai keturunan dan agama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here