Jangan tanya saya lagi – Sufian Suhaimi

0
132
Advertisement

PENYANYI Sufian Suhaimi memohon agar kisah putus tunang dengan aktres Elfira Loy tidak lagi dipanjangkan.

“Kalau boleh, saya tidak mahu memanjangkan kisah putus tunang. Apa yang selesai, biarlah selesai dan berlalu. Mohon semua pihak jangan tanya saya lagi.

“Sebelum ini, saya cuma jawab dengan jujur. Bukan saya mahu bercerita tetap apabila orang dah bertanya, saya menjawab dengan baik dan menghormati pertanyaan orang.

“Saya berharap agar selepas ini semuanya selesai, jelas dan orang tidak lagi bertanyakan mengenai apa yang telah berlalu,” kata Sufian ketika ditemui di sesi perkongsian media bersama stesen radio Era sebentar tadi.

Sufian turut menafikan dia menggunakan kisah putus tunangnya untuk meraih simpati bagi mempromosikan single terbarunya, “Di Matamu.”

“Sebenarnya, lagu tersebut telah mula dicipta semenjak tahun lalu. Secara tidak langsung, lagu itu kena dengan situasi yang dihadapi saya sekarang.

“Lagu itu bukan untuk meraih publisiti daripada cerita putus tunang yang saya hadapi. Semuanya berlaku secara tidak sengaja,” katanya lagi.

Biarpun belum lagi dilancarkan secara rasmi, single “Di Matamu” menerima sambutan hangat ramai pihak apabila versi ‘raw’ lagu tersebut yang dinyanyikan oleh Sufian mendapat lebih 6.5 juta tontonan di laman YouTube.

Teks oleh: Kamaruddin Razal
Foto: Instagram Sufian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here