Janji Serena

0
56



Vancouver: Bintang tenis Serena Williams berjanji dia akan kembali ke gelanggang selepas menjadi ibu, dengan harapan bayinya turut tampil menjadi penyokongnya.

Serena bercakap dengan ceria dan spontan mengenai keluarga, pertandingan dan pendedahan tidak sengaja mengandung dalam satu perbualan di pentas dengan wartawan Gayle King pada Konferens TED di Vancouver, semalam.

Serena berkata, dia sering mengambil foto dirinya setiap minggu, untuk mendokumentasikan perkembangan kandungannya, apabila dia secara tidak sengaja mengepos gambar dirinya dengan baju renang dalam media sosial.

Dia hanya berkongsi berita itu dengan beberapa kenalan hingga ia diketahui khalayak.

“Anda tahu mengenai media sosial; jika anda tekan butang salah itulah jadinya,” kata Serena sambil ketawa.

“Saya terlalu bagus mengenainya tapi kali ini saya tersilap.”

Serena mendedahkan dia mengetahui dia mengandung hanya dua hari sebelum Terbuka Australia yang dimenanginya.

Dia memberitahu agak gementar untuk bermain, tidak pasti sama ada ia berbahaya buatnya atau kandungan itu.

Serena berkata dia bermain dengan cara berbeza, mengurangkan keletihan dan tekanan. Setiap orang menjangkakannya memenangi kejohanan itu dan tidak ramai tahu dia akan menjadi ibu.

“Saya perlu melupakan sebarang perasaan negatif, membuang jauh-jauh dan mencari langkah terbaik,” kata Serena.

Dia menang kejuaraan Grand Slam ke-23 sekali gus mencatat rekod pada Terbuka Australia Januari lalu yang mana dia menumpaskan kakaknya Venus pada aksi final.

“Bermain menentang Venus bagaikan menentang diri sendiri; dia adalah lawan paling sukar buat saya.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here