Jatuh basikal, kanak-kanak 8 tahun maut selepas terkena jangkitan kuman

0
433
Advertisement

SEORANG kanak-kanak berusia 8 tahun meninggal dunia selepas dijangkiti bakteria aktif yang didakwa memakan hampir kesemua bahagian badannya selain menjalani empat pembedahan besar.

Liam Flanagan, pelajar sekolah rendah yang suka berbasikal dan binatang, jatuh basikal ketika menunggang bukit bersama keluarganya di Spring Creek, Amerika Syarikat pada 13 Januari lalu.

Dalam kejadian tersebut, basikal yang ditunggang Flanagan terjatuh sehinggakan objek keras  menembusi seluarnya.

Flanagan dikejarkan ke hospital, namun dia mendakwa mengalami kesakitan, berlaku kerosakan kulit dan pangkal pehanya bertukar warna merah dan ungu.

Flanagan dimasukkan ke hospital pada hari rabu dan disahkan menghidap penyakit bakteria pemakanan daging yang mana 30 peratus kes sebegini boleh membawa maut.

Dalam usianya yang masih muda, Flanagan terpaksa menjalani empat pembedahan besar di beberapa buah hospital berbeza tetapi bakteria tersebut masih belum dapat dibuang dari tubuhnya.

Ibu Flanagan, Sara Hebard dan bapa tirinya, Scott Hinkle terkejut dengan kematian mengejut anak mereka. Apa dosa anak kecil tersebut untuk melalui penderitaan yang sedemikian.

Keluarga Flanagan menyeru kepada ibu bapa untuk lebih berhati-hati jika mendapati anak mereka mengalami luka, kotoran dan proses penyembuhan selepas pembedahan.

“Kami tidak mahu ibu bapa lain melalui hal sebegini,” kata Scott.

Pakar bedah di Hospital St Anthony mengambil masa yang lama untuk buang jangkitan di tisu Flanagan dan dipindahkan pula ke Hospital Kanak-Kanak di Portland pada awal pagi Khamis.

Di Portland pula, pembedahan terpaksa dilakukan sekali lagi untuk membuang jangkitan yang jarang terjadi itu tetapi jangkitan bakteri itu dikenali sebagai necrotizing fasciitis  telah memakan beberapa bahagian badan kanak-kanak itu.

“Hampir kesemua bahagian kanannya (Flanagan) sudah tidak berfungsi,” kata Hebard.

Melihat keadaan Flanagan semakin kritikal, beliau sekali lagi dipindahkan ke pakar lain di Hospital Kanak-Kanak Randa, Portland Ahad lalu.

Flanagan menemui ajalnya selepas menjalani empat pembedahan seminggu selepas insiden yang menimpa dirinya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here