Jauhi tempat tumpuan awam

0
94



Kuala Lumpur: Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia diingatkan supaya berjaga-jaga dan menjauhi tempat tumpuan awam atau dikawal pasukan keselamatan, susulan insiden letupan bom di sebuah terminal bas di Kampung Melayu, Jakarta Timur, malam kelmarin.

Duta Besar Malaysia ke Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, peringatan itu ditujukan kepada rakyat Malaysia yang bukan hanya berada di sekitar Jakarta, malah di lokasi lain di negara berkenaan.

“Kita juga minta kerjasama polis Indonesia bagi memastikan tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa, dan setakat ini tiada laporan rakyat kita menjadi mangsa,” katanya merujuk kepada insiden yang dilapor mengorbankan lima nyawa termasuk tiga anggota polis.

Semua konsulat Malaysia di negara jiran itu diberitahu supaya menasihati rakyat Malaysia agar menjauhi tempat tumpuan awam atau yang dikawal polis, kata duta yang berpangkalan di Jakarta itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here