Jay Z gagal raih kedudukan carta Billboard 200

0
11


LOS ANGELES: Album terbaru penyanyi Jay Z berjudul ‘4:44’ menerima anugerah platinum, namun gagal meraih kedudukan di carta album Billboard 200.

Ia berikutan kegagalan platform penstriman miliknya, Tidal, melaporkan angka jualan album kepada Nielsen Music.

Album yang dilancarkan pada 30 Jun lalu itu, memaparkan kisah hidup penyanyi rap itu termasuk kecurangan kepada isterinya, Beyonce dan kelahiran anak kembarnya.

Ia dijual secara eksklusif kepada ahli Tidal dan pelanggan penyedia kemudahan wayarles, Sprint Corp, yang menawarkan langganan percuma selama enam bulan kepada Tidal untuk mendengar keseluruhan album.

Carta album Billboard 200 adalah berdasarkan jualan runcit dan platform penstriman dan data penstriman yang diserahkan kepada Nielsen SoundScan.

“Tidal tidak melaporkan data penstriman minggu pertama album ‘4:44’ kepada Nielsen,” kata wakil Nielsen Music, David Bakula.

Dalam pada itu, Persatuan Industri Rakaman Amerika mengesahkan ‘4:44’ mencapai status platinum dalam tempoh enam hari selepas ia dilancarkan, menunjukkan kira-kira satu juta pelanggan di Amerika Syarikat memuat turun album berkenaan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here