JDT inspirasi buat JDT II

0
497
Advertisement



KESEMPATAN beraksi di laman sendiri akan digunakan sepenuhnya Johor Darul Ta’zim II (JDT II) bagi memburu kemenangan ke atas MIFA pada aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), malam esok.

Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) merangkul kejuaraan Liga Super lima musim berturut-turut akan dijadikan inspirasi buat barisan pemain skuad kendalian Benjamin Mora meraih tiga mata dalam usaha memperbaiki kedudukan liga.

Malah Mora sendiri mengakui kejayaan JDT itu nyata menyuntik lagi semangat setiap pemain yang merupakan pasukan simpanan untuk skuad Harimau Selatan untuk berusaha mempamerkan aksi terbaik apabila berdepan skuad kendalian K Devan.

“Bukan sahaja pertembungan menentang MIFA malah kami membuat persiapan rapi tatkala dalam tempoh rehat untuk menamatkan baki empat perlawanan dengan mencipta kemenangan dalam usaha menempatkan diri dalam kelompok empat teratas,” katanya ketika dihubungi Sukan

“Kami akan turun habis-habisan dan cuba untuk mengawal perlawanan selain mengelak barisan pemain MIFA menguasai kawasan tengah malah kami tidak menafikan pasukan lawan juga turut mengintai peluang memburu kemenangan,” katanya.

JDT II kini menghuni tangga keenam selepas menamatkan 16 perlawanan dengan mengumpul 21 mata manakala MIFA tampak akan bersungguh-sungguh menewaskan skuad Merah Biru tatkala mengintai slot ke Liga Super musim depan selepas berada di tangga keempat dengan mengutip 23 mata.

Apapun, Mora terpaksa melakukan rombakan kecil di posisi tengah selepas ketiadaan Nicolas Fernandez yang digantung satu perlawanan dan kemungkinan posisi itu bakal diisi Harry Novillo.

Menurutnya, Novillo sudah bersedia untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan pada masa yang sama setiap pemain harus berkerja keras bagi menyaingi kekuatan MIFA di setiap posisi dan beliau juga mahu pemain tidak hilang fokus sepanjang 90 minit perlawanan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here