Jel setahun curi motosikal

0
11



Kuala Terengganu: Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam kerana memiliki sebuah motosikal curi jenis Honda Wave.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohd Baderull Hishan Muda, 34, dari Desa Permai, Marang mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri motosikal milik Nurul Fatin Zanawi, 23, di Jalan Tok Adis, Kuala Ibai di sini, 7.45 petang pada 1 Februari lalu.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Inspektor Miky Dunstan Muda.

Mengikut fakta kes, mangsa parkir motosikalnya berhadapan Pasaraya Mydin pada jam 7.45 petang pada 1 Februari lalu sebelum masuk ke dalam pasar raya berkenaan.

Kehilangan motosikalnya itu hanya disedari 45 minit kemudian sebaik mangsa selesai membeli barangan di dalam pasar raya berkenaan.

Mangsa cuba mencari motosikal miliknya itu, tetapi gagal dan yakin kenderaannya dicuri mengambil keputusan membuat laporan polis.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here