Jemaah haji jangan nak suafoto sangat …

0
12

KUALA LUMPUR: Tumpu ibadah, jangan sibuk bersuafoto.

Itu antara matlamat melarang jemaah haji ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.

Lembaga Tabung Haji menerima makluman rasmi daripada Konsular Kementerian Luar Negeri, berhubung larangan itu berkuatkuasa 2 Disember 2017, seperti arahan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Larangan itu termasuk mengambil gambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Ia juga memastikan ketenteraman beribadat, mengelak sebarang tindakan mencetuskan gangguan dan memelihara kesucian dua masjid berkenaan.

Penerangan dan nasihat melalui laman media sosial juga turut dilakukan secara berkala.

Jemaah Malaysia disaran supaya mematuhi peraturan ketika berada di tanah suci dalam menjaga maruah negara.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here