Jemaah haji jangan nak swafoto sangat …

0
9

KUALA LUMPUR: Tumpu ibadah, jangan sibuk berswafoto.

Itu antara matlamat kerajaan Arab Saudi melarang jemaah haji mengambil gambar di dalam masjid ketika menunaikan rukun Islam yang kelima.

Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memaklumkan pihaknya telah mendapat surat makluman rasmi daripada Bahagian Konsular, Kementerian Luar Negeri berkaitan larangan bergambar di dalam Masjidil Haram dan Masjid Nabawi oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Berdasarkan kepada surat tersebut, penguatkuasaan larangan ini dikeluarkan bagi memastikan ketenteraman beribadat, mengelakkan sebarang tindakan yang mencetuskan gangguan serta demi memelihara kesucian dua masjid suci tersebut,” kata TH dalam satu kenyataan.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH Datuk Seri Johan Abdullah berkata, TH mengambil tindakan proaktif dengan memaklumkan larangan tersebut kepada semua bakal haji semasa Kursus Asas Haji yang dilaksanakan di seluruh negara bermula 2 Disember ini.

Penerangan dan nasihat melalui laman media sosial akan turut dilakukan secara berkala kerana ia lebih cepat dan mudah.

“Jemaah Haji Malaysia disarankan mematuhi segala peraturan semasa di tanah suci dan terus menjaga nama baik negara berdasarkan kepada pengiktirafan oleh Kerajaan Arab Saudi sebagai negara yang mempunyai jemaah haji yang berdisiplin dan mematuhi undang-undang,” tambahnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here