'Jenjang pelamin?… Biarlah Aidil jawab'

0
395
Advertisement



“KAMI memang berkawan rapat dan sama ada hubungan ini akan ke fasa seterusnya iaitu ke jenjang pelamin, lebih manis pihak lelaki (Aidil) yang jawab,” kata pelakon popular Fasha Sandha mengenai

hubungannya bersama pelakon, Aidil Aziz.

Menurut Fasha, 34, dia selesa berkawan dengan Aidil kerana kesederhanaan ada padanya.

“Saya memang selesa dengan cara hidup yang sederhana sejak dulu.

“Malah, saya boleh pergi ke pusat beli belah tanpa ditemani sesiapa pun.

“Sebab itu saya selesa berkawan dengan Aidil kerana boleh menjadi diri sendiri tanpa terikat dengan sebarang peraturan.

“Aidil juga seorang yang baik dan menghormati orang lain.

“Ahli keluarga tahu kami memang berkawan rapat sekarang,” katanya.

Diminta mengulas ada segelintir pihak tidak suka mereka berkawan, Fasha enggan memikirkan perkara itu.

“Saya sedar hubungan kami mendapat pelbagai reaksi dari banyak pihak.

“Dengan siapa pun saya berkawan pasti ada yang suka dan sebaliknya.

“Lebih baik saya fikir yang baik-baik saja kerana berdasarkan reaksi dari peminat, ramai juga yang suka kami berkawan,” katanya.

Terdahulu, Fasha juga memuat naik gambar bersama Aidil serta dua anaknya yang turut mendapat sebanyak 136,826 likes dari peminat di laman Instagram.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here