Jepun gesa China kekang Korea Utara

0
35


PENASIHAT Keselamatan Jepun, Shotaro Yachi.

TOKYO: Jepun meminta China memainkan peranan lebih besar bagi mengekang program peluru berpandu dan nuklear Korea Utara.

Penasihat Keselamatan Jepun, Shotaro Yachi, membuat gesaan itu kepada diplomat atasan China, Yang Jiechi, ketika Korea Utara menjalankan ujian terbaharu peluru berpandunya.

“Tindakan Korea Utara itu adalah provokasi terbaharu.

“Jepun dan China perlu bekerjasama untuk menggesa Korea Utara tidak menimbulkan provokasi dan mematuhi resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB),” katanya.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA melaporkan, peluru berpandu balistik baharu itu dikawal sistem panduan ketepatan.

Kedua-dua pegawai itu juga dilapor

membincangkan isu kebimbangan serantau.

Yang berkata, Jepun seharusnya meninjau perkembangan China sebagai satu peluang dan bukan ancaman.

“Jepun perlu menangani isu seperti Laut China Selatan dan Taiwan dengan berhati-hati selain berpegang pada janji,” katanya. – REUTERS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here