Jepun kutuk ujian peluru berpandu Pyongyang

0
50


GAMBAR fail yang disiarkan oleh Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA), menunjukkan empat peluru berpandu balistik yang dilancarkan ketika ujian oleh unit artileri tentera Korea Utara di satu lokasi yang tidak didedahkan. – Foto EPA

TOKYO: Jepun mengutuk pelancaran ujian peluru berpandu balistik Korea Utara sambil menyifatkan ia sebagai sesuatu yang tidak dapat diterima dan melanggar resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jurucakap kerajaan Jepun, Yoshihide Suga berkata, tindakan itu mendapat bantahan keras.

Suga sudah berhubung dengan Perdana Menteri Jepun, Shizo Abe yang sedang dalam rangka lawatan ke Eropah.

Katanya semua pegawai sudah mengumpul maklumat berhubung ujian peluru berpandu itu yang gagal tidak lama selepas dilancarkan. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here