Jepun minta UAE kurangkan jumlah pekerja Korea Utara

0
38

NEW YORK: Jepun meminta kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) mengurangkan jumlah pekerja Korea Utara di negara itu dalam usaha untuk meningkatkan lagi tekanan ke atas Pyongyang, laporan agensi berita Jepun Jiji Press.

Permintaan itu disuarakan Menteri Luar Jepun Taro Kono dalam pertemuan dengan rakan sejawatannya Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan di New York.

Minggu lepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengeluarkan larangan membawa masuk pekerja Korea Utara yang baharu sebagai sebahagian daripada sekatan terhadap Pyongyang.

Pada pertemuan berasingan antara Kono dan Setiausaha Luar British, Boris Johnson, kedua-dua pihak bersetuju agar China dan Rusia memainkan peranan utama untuk mendesak Korea Utara menarik diri daripada membangunkan senjata nuklear dan peluru berpandunya.

Kedua-dua pihak juga bersetuju untuk meningkatkan kerjasama dua hala mengenai keselamatan siber dan memerangi keganasan menjelang Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo 2020.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here