'Jeritan, hon' iringi Les Bleus ke final

0
409
Advertisement



PARIS: Lagu kebangsaan Perancis, La Marseillaise, dinyanyikan bersama jeritan ‘kami di final’ dan hon kereta dan bunga api mengiringi kemeriahan di Paris hari ini ketika penduduk di ibu kota Perancis itu meraikan kemaraan Perancis ke final Piala Dunia.

Kira-kira 20,000 orang menyaksikan pasukan Dider Deschamps menewaskan Belgium 1-0 pada saingan separuh akhir di Saint Petersburg di depan skrin gergasi di hotel bersejarah Paris, Hotel de Ville, atau dewan bandaran.

Dengan setiap ruang dipenuhi, ada antaranya memanjat pokok, di atas bumbung van, tong sampah dan bas.

Lautan bendera Perancis berkibar selepas Samuel Umtiti menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-52 dengan penyokong memakai jersi kebangsaan gembira berpelukan, bercium dan menari.

Laluan Rue de Rivoli yang biasanya sesak dengan trafik, menjadi zon laluan pejalan kaki ketika orang ramai menggunakannya sebagai laluan dari Louvre ke Champs-Elysees, tempat 20 tahun lalu penduduk Paris berkumpul meraikan kemenangan Piala Dunia Perancis di laman sendiri.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here