Jerome Powell sah pengerusi Rizab Persekutuan AS seterusnya

0
51
Advertisement

WASHINGTON: Senat Amerika Syarikat (AS) pada Selasa mengesahkan pelantikan Jerome Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan berikutnya, lapor agensi berita China Xinhua.

Dalam undian dwipemihak yang berkeputusan 85-12, para senator bersetuju Powell menerajui bank pusat negara itu bagi tempoh empat tahun. 

Powell bakal menggantikan Janet Yellen apabila tempoh jawatannya tamat pada 3 Feb.

Powell, yang kini merupakan ahli Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan, telah dicalonkan oleh Presiden Donald Trump pada November tahun lepas.

Ketika pendengaran pengesahannya pada November, Powell berkata beliau akan membantu bank pusat negara itu memperketat polisi kewangan secara beransur-ansur dan pada masa sama, mempermudah beban pengawalseliaan ke atas beberapa institusi kewangan.

Anak kelahiran Washington, Powell menerima Ijazah Lanjutan dalam bidang politik dari Universiti Princeton pada 1975 dan Ijazah Undang-Undang dari Universiti Georgetown pada 1979.

Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai setiausaha rendah di Jabatan Perbendaharaan ketika pentadbiran George H.W. Bush dan bertanggungjawab terhadap polisi mengenai institusi kewangan serta pasaran hutang Perbendaharaan.

Selepas itu, beliau menjadi rakan kongsi di Carlyle Group dari 1997 hingga 2005. 

Beliau telah dicalonkan oleh Presiden Barack Obama sebagai Gabenor Rizab Persekutuan pada 2012.

Pelabur pasaran secara meluas menjangka pelantikan Powell sebagai Pengerusi Rizab Persekutuan mampu memastikan kesinambungan polisi monetari dan pada masa sama, mungkin menyempurnakan peraturan kewangan semasa. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here