Jerry Lewis meninggal dunia pada usia 91 tahun

0
14

AKTOR komedi Hollywoord, Jerry Lewis, meninggal dunia di Las Vegas, akibat sakit tua.

Lewis, 91 tahun menghembuskan nafas terakhirnya di sisi ahli keluarga, pada Ahad.

Dilahirkan di New Jersey dengan nama Joseph Levitch, bintangnya mula bersinar bila pertama kalinya digandingkan dengan aktor Dean Martin, ketika berusia 20 tahun.

Antara lakonannya yang diingati ialah dalam filem “The Bellboy” dan “The Nutty Professor”.

Dia juga muncul dalam filem “The King of Comedy” arahan Martin Scorcese dan “Mr. Saturday Night” bersama Billy Crystal.

Pengaruh pendekatannya menjadi ikutan aktor Jim Carrey, terutama gerak mimik muka dan komedi fizikal.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here