Jersi kuning Thomas tak tercabar

0
297
Advertisement



L’ALPE D’HUEZ, Perancis: Geraint Thomas menjadi pemegang jersi kuning pertama sejak Lance Armstrong muncul pemenang di laluan legenda Alpe d’Huez selepas saingan hebat peringkat 12 Tour de France, awal pagi tadi.

Namun rakan sepasukan pelumba Wales itu, Chris Froome disambut dengan ejekan pada penamat ketika dominasi Team Sky dalam perlumbaan itu berterusan.

Thomas mendahului perlumbaan itu dengan kemenangan bergaya di puncak La Rosiere yang juga perlumbaan hari kedua di pergunungan Alps.

Dalam saingan mencabar sejauh 175.5 kilometer dari Bourg Saint Maurice, bekas pelumba trek itu menewaskan pelumba Belanda, Tom Dumoulin (Sunweb) dengan dua saat pada pecutan terakhir ke penamat dengan pakar pendaki Perancis, Romain Bardet (AG2R) ketiga.

Thomas muncul pelumba Britain pertama menang di puncak itu.

“Saya tidak pernah bermimpi saya boleh menang di Alpe d’Huez, bersama jersi kuning,” kata Thomas, yang kini mendahului juara empat kali Froome dengan 1 minit 39 saat dalam senarai pelumba keseluruhan. Dumoulin, juara Giro d’Italia tahun lalu, ketiga 1:50s di belakang.

“Ia hanya mental. Saya tidak percaya saya menang peringkat ini. Ia kerana saya mengikut (rakan sepasukan) Egan (Bernal),” kata Thomas.

Dengan pelumba Itali, Vincenzo Nibali berada di hospital kerana retak tulang belakang dan pelumba Colombia, Nairo Quintana ketinggalan 4:13s, Sky kini berada di kedudukan petak pendahulu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here