Jerung putih sesat dalam bot nelayan

0
65


SEORANG nelayan tua Australia nyaris maut apabila seekor jerung putih besar melompat masuk ke dalam botnya. – Foto AP)

SYDNEY: Seorang nelayan tua Australia nyaris maut apabila seekor jerung putih besar melompat masuk ke dalam botnya.

Terry Selwood, 73, bernasib baik hanya cedera di lengan selepas terjatuh akibat dilanggar haiwan pemangsa itu.

Difahamkan ketika kejadian Selwood sedang belayar di perairan Evans Head di utara negeri New South Wales.

“Sekali imbas seolah-olah ada sesuatu terbang ke atas bot, sehinggalah sirip dada jerung itu terkena lengan menyebabkan saya berpusing dan terjatuh,” katanya kepada Perbadanan Penyiaran Australia.

Jerung sepanjang 2.7 meter itu menyebabkan bot yang hanya 1.4 meter lebar dan 4.5 meter panjang itu menjadi sempit.

Beliau pantas meminta bantuan sukarelawan penyelamat marin tempatan, yang membawanya ke darat untuk menerima rawatan akibat kecederaan kulit di lengan.

Selwood berkata sepanjang 60 tahun pengalaman memancing, beliau tidak pernah mengalami sesuatu seperti itu.

“Ia pernah mengekori dan melanggar tepi bot saya, ia pernah berenang mengelilingi bot saya, ia pernah mencuri ikan dari joran saya, tetapi saya tidak pernah mengalami sesuatu seperti ini,” katanya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here