'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha," – Perkongsian wartawan senior buat ramai sebak

0
380
Advertisement

SEHEBAT nama Siti Nurhaliza di pentas seni, sehebat itu jugalah dugaan yang diberikan kepadanya. Namun figura ini cukup dewasa dan matang dalam berdepan dengan situasi.

Wartawan akhbar Utusan Malaysia, Tengku Khalidah Tengku Bidin, semalam memuat naik satu perkongsian ke Facebook yang memberi bayangan kepada kita mengapa Siti diuji sebegitu rupa.

Jawapannya, kerana dia cukup hebat dalam menerima dugaan yang sebegitu rupa.

Kata Tengku Khalidah, ketika berpeluang berbual dengan Siti hujung tahun lalu, seperti biasa, persoalan tentang zuriat dibangkitkan.

Ceritanya, biarpun isu tersebut sensitif dibicarakan, namun Siti tetap tidak menolak untuk memberi jawapan.

Mungkin selepas lebih 10 tahun menunggu, Siti ketika itu sudah sampai ke tahap bersedia menerima apa sahaja yang ditakdirkan buatnya dan suami.

“Kalau ditakdirkan tak ada rezeki untuk Siti mengandung, tak ada rezeki untuk ada zuriat sendiri, Siti dah redha.

“Siti takkan kalah berusaha dan berdoa. Tetapi jika di penghujungnya jawapannya tetap tiada, Siti redha,” itu kata-kata Siti yang masih terngiang-ngiang di telinga Tengku Khalidah.

BACA: ‘Siapa kata kami tak cuba sebelum ini’ – Siti Nurhaliza

Jawapan Siti meninggalkan bekas di hati wartawan senior itu, yang menyifatkan Siti insan yang cukup hebat dalam menerima apa sahaja takdir Tuhan.

“Dia sangat tahu apakah maknanya menjadi seorang hamba yang tertakluk kepada Qada’ dan Qadar yang diberikan Allah.

“Ini juga doa seluruh rakyat Malaysia dan semoga cerita indah ini berkekalan dan pada Mac nanti wajah bayi yang pastinya comel, sama-sama kita tatapi,” tulis Tengku Khalidah.

Siti pada Jumaat mengumumkan dia hamil empat bulan selepas menjalani prosedur kesuburan di sebuah pusat fertiliti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here