'Jingga' bersama 'biru' demi rampas Kelantan – PAS

0
48



MUKTAMAR | Setelah dituduh bekerja bersama-sama dengan BN, PAS hari ini membayangkan Parti Amanah Negara (AMANAH) sebenarnya yang bersekongkol dengan parti pemerintah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kedua-dua parti itu bekerja bersama-sama untuk menawan Kelantan daripada PAS.

“Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) umumkan di Kelantan, hasrat untuk menjadikan negeri itu biru (BN).

“Sekarang, kita tidak lagi menghadapi musuh lama. Muncul mereka yang berbaju jingga, yang juga mengisytiharkan mahu Kelantan.

“Ia kelihatan seperti mereka bekerja dengan ‘biru’,” kata Tuan Ibrahim di Muktamar Pemuda PAS di Alor Setar, Kedah hari ini.

Jingga merujuk kepada warna rasmi AMANAH manakala biru pula adalah warna BN.

Sebelum ini, para pengkritik parti Islam itu menuduhnya sebagai menjalinkan kerjasama dengan BN ekoran keengganan PAS untuk mengadakan jalinan dengan parti pembangkang lain.

[Baca berita penuh]

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here