JK Rowling dikritik tuduh Trump abai budak berkerusi roda

0
32

PENULIS novel Harry Potter, J.K. Rowling dikecam kerana mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengabaikan seorang kanak-kanak berkerusi roda yang cuba bersalam dengan beliau.

Dalam sebuah video viral, Donald Trump dilihat bersalam-salaman dengan sekumpulan orang kecuali seorang kanak-kanak lelaki berkerusi roda yang cuba melambaikan tangan untuk bersalam dengannya.

Trump bertemu dengan sekumpulan “mangsa Obamacare” pada 24 Jun lalu sejurus sebelum memberikan sidang akhbar mengenai pembaharuan penjagaan kesihatan.

Penulis fiksyen itu kemudian menulis komen di Twitter untuk mengkritik tindakan Trump itu.

Menurut media antarabangsa, rakaman video itu dirakam selepas satu sidang media.

“Apabila seseorang menunjukkan kepada anda siapa mereka, percayalah mereka.”

“Trump sebelum ini mengejek seorang wartawan yang kurang upaya. Sekarang dia berpura-pura tidak melihat seorang kanak-kanak di kerusi roda, seolah-olah beliau takut dengan tindakan mereka.

“Orang kurang upaya, minoriti, golongan transgender, golongan miskin, wanita (kecuali yang berkaitan kepadanya) dilayan dengan penghinaan, kerana mereka tidak seperti Trump,” tulis J.K Rowling.

Walau bagaimanapun, tindakan penulis novel itu mencetus kemarahan dalam kalangan netizen kerana menuduh Presiden AS itu tanpa sebarang bukti yang kukuh.

Hal ini kerana video kejadian dipercayai disunting oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Rakaman video penuh menunjukkan Trump berjabat tangan dengan kanak-kanak itu sebelum beliau memasuki bilik sidang dan menyampaikan ucapannya pada hari itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here