Johan bengang filem #TerobekRaya bocor di Facebook

0
46

SELEPAS filem Abang Long Fadil 2 bocor di Youtube, giliran filem televisyen sulung Johan, #TerobekRaya pula mengalami nasib serupa di platform Facebook.

Kekecewaan itu diluahkan sendiri oleh penerbit filem itu sendiri, Johan yang menyifatkan tindakan itu tidak bertanggungjawab.

“Jika individu tersebut enggan memadamkan atau masih ada yang berkongsi filem #TerobekRaya di media sosial lagi selepas ini, syarikat saya dan Astro tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-udang.

“Saya melihat isu ini sebagai satu cabaran dalam era teknologi serba canggih ini namun ia tidak sesekali menjatuhkan semangat saya untuk terus berkarya selepas ini,” katanya memetik laporan akhbar Inggeris, New Straits Times.

Filem #TerobekRaya ditayangkan di saluran Astro First Eksklusif (480) dan penonton dikenakan bayaran serendah RM15.90 untuk sekali langganan.

#TerobekRaya merupakan buah tangan pertama syarikat milik Johan dan isterinya, Ozlynn Wati, JWH Production.

Filem televisyen itu menampilkan barisan artis hebat antaranya Zizan Nin, Azhan Rani, Marsha Milan, Sherry Al Hadad, Tauke, Achey dan Ani Mayuni.

Sumber: New Straits Times

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here