Johan Ishak dilantik CEO Media Prima Television Networks

0
37

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd telah melantik Johan Ishak sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Media Prima Television Networks (MPTN), berkuat kuasa 2 Oktober ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat itu juga mengumumkan pelantikan Fan Chen Yip sebagai Ketua Pengurusan Akaun Utama dan Perancangan Jualan Media berkuat kuasa 16 Oktober.

Kumpulan itu juga melantik Alfian Talib sebagai Ketua Pegawai Komersial The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), berkuat kuasa 15 September.

Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Talib berkata, Johan, 42, akan membawa pengetahuan yang banyak untuk memimpin MPTN sambil terus memberi kandungan terbaik kepada penontonnya.

“Johan akan meneruskan usaha transformasi digital MPTN seiring dengan wawasan kumpulan untuk menjadi kandungan digital pertama dan syarikat perdagangan terkemuka,” kata Kamal.

Menurutnya, Fan, 46, dan Alfian, 41, mempunyai pengalaman dalam industri penting yang sangat bernilai dalam membantu Media Prima menyampaikan penyelesaian pengiklanan media kepada pelanggan yang berhasrat mengambil peluang daripada platform media bersepadu kumpulan tersebut.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here