Johnson buat Rama menunggu lagi

0
203
Advertisement



NEW YORK: Pemain pilihan ketiga, Steve Johnson menewaskan pemain yang pertama kali mara ke final ATP, Ramkumar Ramanathan 7-5, 3-6, 6-2 untuk merangkul kejohanan Terbuka Hall of Fame di Newport, Rhode Island, semalam.

Pemain Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu meraih trofi ATP keempatnya dan yang kedua musim ini, menang 83 peratus melalui servis pertama dalam masa satu jam, 59 minit di atas gelanggang berumput.

“Saya bernasib baik menang beberapa kali,” kata Johnson yang memenangi kejohanan tanah liat di Houston, April lalu . “Ini trofi pertama sejak saya berkahwin. Sekarang saya boleh pulang dan berkongsi kejayaan bersama isteri saya.”

Johnson turut mengakui Ramkumar berjaya memberi tentangan sengit.

“Dia mempunyai servis yang bagus dan beraksi baik depan jaring. Saya gembira dapat menggunakan satu peluang sebaiknya di set pertama dan terus mendahului,” katanya.

Johnson sebelum ini memiliki satu trofi di atas gelanggang berumput dan tidak pernah melepasi suku akhir dalam tiga penampilan di Newport.

Ramkumar yang menduduki ranking ke-161 dunia berusaha menjadi pemain ATP India pertama menjuarai kejohanan sejak kali terakhir Leander Paes menjuarai kejohanan sama 20 tahun lalu.

“Saya akan terus memberi yang terbaik dan saya yakin akan menjuarainya suatu hari nanti,” kata Ramkumar yang meledak 10 ace.

Pemain kelahiran Chennai itu adalah pemain India pertama mara ke final sejak 2011 apabila Somdev Devvarman tewas di Johannesburg kepada pemain Afrika Selatan, Kevin Anderson.

Ramkumar juga pemain ketiga ranking paling rendah mara ke final ATP tahun ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here