Johnson ungguli Kejohanan FedEx St Jude Classic

0
116
Advertisement



DUSTIN Johnson, yang sedang bersiap untuk cabaran Terbuka Amerika Syarikat (US Open) dalam usaha memburu semula kedudukan nombor satu dunia mempamerkan aksi  cemerlang apabila mencatat tujuh bawah par 63 untuk mendahului pusingan kedua Kejohanan FedEx St Jude Classic, di sini, hari ini.

Johnson satu pukulan di depan rakan senegara, Ryan Blaum dan Andrew Putnam.

“Saya rasa permainan begitu baik sekali,” kata Johnson, yang terlepas kedudukan ranking nombor satu dunia kepada Justin Thomas bulan lalu selepas menguasainya selama 64 minggu.

“Hayunan saya makin bagus. Saya sedar jika mampu melakukan pukulan dengan tepat ke fairway maka saya akan dapat sempurnakan birdie. Saya dapat rasakan mampu melakukannya sepanjang hari.

Johnson bermula dengan satu birdie pada lubang ke-10 dan mencatat dua bogey di lubang ke- 12 dan 13 dan kembali dengan dua birdie di lubang ke-14 dan 16.

“Saya berjaya menemui sasaran, jika saya dapat mencongak dengan tepat dan kepantasan yang tepat, maka saya boleh lakukannya,” kata Johnson.

Blaum pula mencatat tujuh birdie ketika merakam enam bawah par 64 untuk brkongsi tangga kedua bersama Putnam yang mencatat sembilan bawah par 131 pada hari kedua.

Wakil Taiwan,  C T Pan dan  seorang lagi pemain AS,  Wesley Bryan ketinggalan satu pukulan manakala Brandt Snedeker merakam 133.

Snedeker, yang kembali ke lapangan musim ini selepas rehat panjang pada 2017 susulan kecederaan bangga melakukan pukulan kemas pada penampilan semulanya.

“Anda akan tahu apa yang anda lakukan itu betul atau tidak selepas melihat keputusannya, anda perlu melihat hari yang bakal diharungi dengan positif. Saya sudah melakukan kerja yang betul. Saya Ok dan belum hilang ingatan,” katanya.

Dalam pada itu, juara lima kali kejohanan major, Phil Mickelson, yang masih bergelut untuk cabaran di Terbuka AS terus berusaha membaiki catatan selepas cemerlang pada hari pertama dengan 66 pukulan.

“Amat sukar meletakkan bola ke green jika anda gagal di fairway,” kata Mickelson.

“Persekitaran di lapangan itu bertambah sukar, saya terperangkap dengan beberapa bogey kerana saya bergelut dengan persekitaran di lapangan itu.

“Saya benar-benar terlepas tuah hari ini, tetapi mujur saya mampu merapatkan kedudukan menerusi beberapa  birdie,” katanya.  

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here