Johor DT pertaruh Guerra

0
47



Johor Bahru: Gabriel Guerra bakal dipertaruhkan selaku penyerang utama Johor Darul Ta’zim (Johor DT) ketika menentang Ceres Negros FC pada aksi separuh akhir kedua Piala AFC Zon Asia Tenggara di Stadium Bola Sepak Panaad, Bacolod City, malam ini.

Walaupun Guerra gagal menyumbang gol ketika Harimau Selatan menang 3-2 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Larkin, 17 Mei lalu, dia sudah menanam tekad untuk bangkit mencipta jaringan kali ini.

Pada aksi pertama lalu, dia sering mengkucar-kacirkan benteng pertahanan lawan dibimbing Risto Vidakovic dan bukan sesuatu yang menghairankan jika kakinya bakal dirantai malam ini.

“Mungkin pergerakan akan terbatas kerana lawan pasti berusaha menghalang saya daripada memasuki kotak penalti. Tapi saya tetap akan berusaha memecahkan benteng lawan dan jika tidak menjaringkan gol, sudah memadai untuk mengumpan kepada rakan sepasukan.

“Kami menang 3-2 perlawanan pertama dan saya tidak anggap kami berada dalam keadaan selamat sebaliknya perlu lebih konsisten sepanjang baki perlawanan.

“Saya dan dan rakan sepasukan akan cuba memberi persembahan terbaik dan mengimbangi kekuatan lawan yang beraksi di laman sendiri,” katanya.

Guerra juga menyifatkan penggempur lawan, Bienvenido Maranon dan Manuel Ott cukup berbahaya dan jika kedua-duanya tidak diawasi, Johor DT mungkin berdepan masalah.

Katanya, latihan ketika ini menumpukan kepada permainan pantas dan pada masa sama, mereka juga mahu memastikan gawang tidak dibolosi.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here