Jokowi bakal ziarah mangsa letupan bunuh diri Jakarta

0
60



JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo, atau lebih dikenali sebagai Jokowi, dijangka melawat mangsa yang cedera dalam serangan di Kampung Melayu, Jakarta dalam masa terdekat.

Ketika ini, Jokowi sedang dalam lawatan kerja di Solo, Jawa Tengah dan Malang, Jawa Timur.

Beliau bagaimanapun telah menghantar Ketua Pejabat Kakitangan Presiden, Teten Masduki bagi memantau keadaan mangsa insiden berkenaan.

Jokowi sebelum itu turut menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam serangan pengebom bunuh diri itu.

Beliau juga mengarahkan pegawainya agar memastikan mangsa yang cedera diberikan rawatan yang sewajarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here