Jokowi beri 'izin' kepada pihak berkuasa tembak pengedar dadah

0
33

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo telah mengarahkan pihak berkuasa untuk menembak pengedar dadah sebagai salah satu cara untuk membendung masalah kegiatan dadah yang melanda negara itu.

“Bertegas, terutama dengan pengedar dadah yang memasuki negara dan tahan mereka. Tembak mereka kerana kita memang dalam masalah pengedaran dadah yang serius,” katanya ketika berucap dalam satu majlis politik yang berlangsung pada Jumaat.

Ia sekali gus menjadikan presiden yang mesra dengan panggilan Jokowi itu pemimpin kedua yang memberi lampu hijau kepada pihak berkuasa bertindak sedemikian untuk membendung kegiatan dadah, selepas Presiden Filipina Rodrigo Duterte.

Indonesia sememangnya mempunyai undang-undang yang tegas berkaitan kegiatan dadah. Jokowi pernah dikritik kerana mengarahkan hukuman mati bagi mereka yang terbabit dalam pengedaran dadah. Pejuang hak asasi manusia juga telah menggesa Indonesia memansuhkan hukuman tersebut.

Arahan terbaharu yang dikeluarkan Jokowi itu hadir seminggu selepas polis Indonesia menembak mati seorang lelaki Taiwan yang cuba menyeludup satu tan metamfetamin kristal.

Dia dilaporkan cuba melawan sewaktu ditahan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here