Jordan gesa Israel buka semula Masjid Aqsa

0
14


Polis sempadan Israel menghalang laluan itu di Gerbang Singa di Kota Lama Yerusalem. – Foto EPA

AMMAN: Jordan hari ini menggesa Israel membuka semula dengan segera Masjid Aqsa di Baitulmaqdis yang ditutup tentera rejim Zionis selepas penduduk Arab membunuh dua anggota polis Israel di Kota Suci.

Jordan adalah penjaga masjid berkenaan di timur Baitulmaqdis dan berulang kali mengutuk apa yang dikatakan pelanggaran peraturan di lokasi suci ketiga Islam itu.

“Israel perlu membuka semula Al-Aqsa dan Haram al-Sharif dengan segera, ” jurucakap kerajaan, Mohamed Momani, yang juga Menteri Penerangan.

Kenyataan beliau yang disiarkan agensi berita Petra, berkata rejim Zionis tidak boleh mengambil sebarang tindakan bertujuan mengubah status quo bersejarah Baitulmaqdis atau Masjid Aqsa.

Dalam tindakan luar biasa, pasukan keselamatan Israel menutup lokasi berkenaan selepas tiga warga Arab Israel melepaskan tembakan ke arah polis di Baitulmaqdis, menyebabkan dua maut.

Mereka melarikan diri tetapi ditembak mati di lokasi dikenali umat Islam sebagai Haram al-Sharif yang termasuk Masjid Aqsa dan Kubah Batu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here