Jordan haram majalah gay dalam talian

0
13

AMMAN: Kerajaan Jordan mengharamkan majalah gay yang diterbitkan secara dalam talian kerana didapati beroperasi tanpa lesen, lapor agensi berita China Xinhua pada Isnin.

Ketua Pengarah Suruhanjaya Media Jordan Mohammad Outishat berkata, majalah itu beroperasi tanpa lesen dan ia menyalahi Artikel 49 Undang-Undang Akhbar dan Penerbitan, memetik sumber agensi berita PETRA.

Pihak pengarang majalah mendakwa, majalah berkenaan beroperasi dengan lesen sah namun dakwaan itu dikatakan tidak benar.

Laporan itu, tidak mendedahkan nama majalah tetapi difahamkan majalah gay dalam talian My.Kali yang diterbitkan dalam bahasa Arab dan Inggeris pernah dikeluarkan pertama kali pada Mei 2016.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here