Jovian Mandagie bakal dedah nama anak sulungnya

0
29
Kuala Lumpur: Pereka fesyen terkenal tempatan Jovian Mandagie bakal mendedahkan nama anak perempuannya selepas berusia tujuh hari.

Perkara itu diberitahu Jovian menerusi akaun Instagramnya pada Jumaat.

Jovian dan Nina Ismail Sabri menimang cahaya mata pada Rabu turut meminta pengikut IGnya untuk meneka nama anaknya yang bermula dengan huruf ‘J’.

Menerusi entri tersebut juga, Jovian memberitahu buat masa ini dia menggelarkan anaknya dengan nama ‘Princess Mandagie’.

Pasangan itu, berkahwin pada Disember 2013 yang lalu.

Anak perempuan sulung bermula dengan huruf J.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here