Jualan tiket lembab

0
323
Advertisement



KUANTAN: Tidak seperti final Piala FA musim lalu, jualan tiket final antara Pahang dan Selangor kurang mendapat sambutan di pekarangan Stadium Darul Makmur, di sini pagi ini.

Sebelum kaunter jualan dibuka jam 9.30 pagi, hanya kira-kira 50 penyokong skuad Tok Gajah yang beratur untuk menyaksikan aksi final berkenaan.

Tinjauan mendapati selepas 10 minit, lapan kaunter yang disediakan Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) lengang walaupun tiada had pembelian tiket.

Di Stadium Mini Majlis Perbandaran Temerloh yang turut dibuka kaunter jualan juga kurang mendapat sambutan menggalakkan. Difahamkan, harga tiket RM50 sekeping dan demam Piala Dunia Russia 2018 antara faktor penyokong Pahang tidak begitu teruja.

Sementara itu, pengurus Tok Gajah, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, penyokong Pahang diminta tidak membeli tiket pada saat-saat akhir untuk membanjiri Stadium Bukit Jalil, Sabtu ini.

Katanya, ini kerana pertemuan Pahang-Selangor mempunyai tarikannya yang tersendiri dan sudah pasti aksi final kedua-dua pasukan menyaksikan saingan sengit bakal dipersembahkan.

“Oleh itu, saya harap penyokong Pahang dapat ke Stadium Bukit Jalil memberikan sokongan selepas dikecewakan Kedah musim lalu di Stadium Shah Alam.

“Dengan stadium berbeza, saya harap tuah akan menyebelahi Pahang musim ini selepas kali terakhir menjulang Piala FA pada 2014,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here