Juara bertahan tersingkir

0
211
Advertisement



JUARA bertahan, Garbine Muguruza tersingkir daripada cabaran Wimbledon di tangan pemain kurang ternama dari Belgium, Alison van Uytvanck sekaligus menyaksikan hanya satu daripada enam pemain pilihan tinggal selepas dua pusingan.

Pemain ranking ke-47 dari Belgium, Alison mencatat kemenangan 5-7, 6-2, 6-1 untuk kejayaan pertama dirinya terhadap lawan yang berada di kedudukan 10 terbaik.

Kekalahan Garbine menyaksikan hanya pilihan utama, Simona Halep, pemain ranking ketujuh, Karolina Pliskova dan pilihan ke-10, Madison Keys sebagai pesaing utama selepas dua pusingan.

Dalam kategori lelaki pula, pilihan ketiga dan naib juara tahun lalu, Marin Cilic ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Argentina, Guido Pella.

Perlawanan membabitkan pilihan keempat, Alexander Zverev dan Taylor Fritz dari Amerika Syarikat pula ditunda akibat hujan lebat ketika Zverev ketinggalan satu set kepada lawannya itu.

“Saya tahu jika saya membiarkannya beraksi seperti biasa, saya akan kalah, jadi saya perlu meneruskannya,” kata pemain berusia 24 tahun, Alison yang mara ke pusingan ketiga buat pertama kali.

“Saya mungkin nampak tenang tetapi saya sebenarnya bermain bermati-matian.”

Garbine pula mengakui perlawanan itu bukan harinya.

“Dia bermain dengan baik, mengambil risiko dan saya cuba memberikan tentangan tetapi tahap saya tidak menjadi seperti yang saya mahukan,” katanya.

Djokovic, juara tiga kali memerlukan rawatan pada lutut kirinya di Court Two tetapi masih terlalu sukar buat pemain Argentina, Horacio Zeballos dan dia menang 6-1, 6-2, 6-3.

Djokovic kini mara ke pusingan ketiga 10 tahun berturut-turut dan akan bertemu pilihan ke-21 British Kyle Edmund.

Cilic mendahului dua perlawanan dengan 3-6, 1-6, 6-4, 7-6 (7/3), 7-5 tetapi terpaksa akur dengan pemain Argentina yang berada di ranking ke-82, Guido Pella.

Tetapi kekalahannya adalah berita baik untuk juara bertahan, Roger Federer yang dijadual berrtemu Cilic di separuh akhir.

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here