Jumlah dagangan Malaysia meningkat 19.4 peratus kepada RM1.77 trilion

0
372
Advertisement

KUALA LUMPUR: Jumlah perdagangan Malaysia mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 19.4 peratus kepada RM1.77 trilion pada 2017 berbanding RM1.49 trilion pada tahun sebelumnya dengan ASEAN menyumbang 29.2 peratus kepada eksport negara.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata prestasi perdagangan itu merupakan kadar pertumbuhan paling kukuh dalam tempoh 13 tahun.

“Eksport merekodkan kenaikan 18.9 peratus iaitu pertumbuhan paling kukuh sejak 2005 dan mencecah paras tertinggi baharu sebanyak RM935.39 bilion.

“Import turut mencatat nilai tertinggi sebanyak RM838.14 bilion iaitu tumbuh sebanyak 19.9 peratus. Lebihan dagangan meningkat sebanyak 10.3 peratus kepada RM97.25 bilion iaitu tertinggi pernah dicatatkan sejak 2012. Ini juga merupakan lebihan dagangan yang ke-20 tahun berturut-turut sejak 1998,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Perdagangan dengan ASEAN berkembang sebanyak 21 peratus atau RM84.49 bilion, China menokok 20.6 peratus atau RM49.68 bilion, Kesatuan Eropah (17.5 peratus atau RM26.05 bilion), Amerika Syarikat (16.3 peratus atau RM22.12 bilion) manakala Jepun (14.7 peratus atau RM17.77 bilion).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here