Jumlah mangsa kereta api bertembung di South Carolina meningkat

0
125
Advertisement

SOUTH CAROLINA: Jumlah mangsa yang cedera dalam kemalangan dua kereta api yang bertembung di South Carolina meningkat kepada 70 orang.

Bagaimanapun, menurut pihak berkuasa, angka korban setakat ini masih kekal dua orang seperti yang dilaporkan sebelum ini.

BACA: Kereta api bertembung di South Carolina, dua maut, 50 cedera

Kemalangan itu membabitkan sebuah kereta api penumpang Amtrak dan kereta api kargo.

Menurut pihak berkuasa kejadian berkenaan berlaku sekitar jam 2.45 minit pagi waktu tempatan pada Ahad.

Bagaimanapun masih belum dapat dipastikan kedua-dua penumpang yang maut itu adalah penumpang kereta api penumpang ataupun kargo.

Kebanyakan mangsa yang cedera pula dilaporkan mengalami luka yang serius dan patah di beberapa bahagian badan.

Ketika kejadian, lapan kru sedang bertugas dalam kereta api penumpang berkenaan yang membawa 139 penumpang.

Visual yang dikeluarkan media tempatan menunjukkan keadaan kedua-dua kereta api tersebut remuk teruk di bahagian depan dan sebahagian gerabaknya terbalik.

Mereka yang cedera dikejarkan ke tiga hospital berdekatan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here