Jumlah pelaburan aset KWSP meningkat sebanyak 6.81 peratus pada 2016

0
76

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatat kenaikan jumlah pelaburan aset sebanyak 6.81 peratus pada tahun 2016.

Ini menjadikan jumlah aset KWSP kepada RM731.11 bilion berbanding RM684.53 bilion pada tahun 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata beliau berbesar hati apabila KWSP mampu mengumumkan dividen sebanyak 5.70 peratus pada 2016.

“Ini merupakan prestasi yang cukup membanggakan walaupun kita berhadapan dengan persekitaran pelaburan yang cukup mencabar,” kata Shahril Ridza ketika membentangkan laporan tahunan KWSP di ibu pejabat KWSP, Kuala Lumpur.

Untuk butiran lanjut, pencarum boleh memuat turun laporan daripada laman web myEPF di www.kwsp.gov.my

Ketika prestasi pasaran domestik lebih rendah daripada yang dijangkakan, Shahril Ridza berkata strategi diversifikasi membolehkan KWSP menjana keuntungan daripada pasaran lain.

“Ini penting supaya KWSP dapat beralih kepada pelaburan selain daripada simpanan tetap dan ekuiti awam.

“Beberapa tahun yang lepas, kami telah menerokai bidang hartanah dan infrastruktur dan beberapa pembelian dibuat di Malaysia kerana kami menyukai aspek jangka masa panjang dari pelaburan terkawal dan pendapatan tetap tersebut,” kata Shahril Ridza.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here