Jurujual gelap mata

0
12



Kota Bharu: Baru dua bulan bekerja, seorang jurujual di sebuah pasar raya di Tunjong, di sini, sudah gelap mata dan tergamak melarikan wang syarikat berjumlah RM7,000.

Sebelum itu, wanita berusia 24 tahun terbabit ditugaskan menjaga bahagian menjual langsir dan dibenarkan mengambil wang deposit daripada pelanggan yang membuat tempahan.

Bagaimanapun pada 19 Jun lalu, wang deposit berjumlah RM7,000 dikebasnya secara senyap sebelum dia menghilangkan diri keesokan hari dan gagal ditemui sehingga hari ini.

Perbuatan liciknya berjaya dikesan selepas pengurusan pasar raya tidak menerima resit pembayaran daripadanya dan wang berkenaan.

Pegawai Bahagian Keselamatan pasar raya itu, Mohd Amin Muhamad berkata, prosedur operasi standard (SOP) syarikat menetapkan semua wang deposit yang diterima daripada pelanggan wajib diserahkan kepada syarikat bersama resit.

“Pada 19 Jun, jurujual itu didakwa ada mengambil wang deposit pelanggan berjumlah RM7,000 untuk tempahan langsir, namun ia tidak diserahkan kepada syarikat.

“Keesokan harinya (20 Jun), syarikat menyedari wanita itu tidak mengeluarkan resit dan wang tidak diserahkan seperti biasa. Dia pula terus menghilangkan diri kerana takut ditangkap,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here