Jurulatih Panama lepas jawatan

0
358
Advertisement



PANAMA CITY: Hernan Dario Gomez mengumumkan peletakan jawatan sebagai jurulatih Panama semalam selepas mengemudi negara itu kali pertama ke pusingan akhir Piala Dunia.

“Kini tiba masanya buat saya untuk melangkah kaki dari tempat yang berada di hati saya,” tulis jurulatih Colombia itu, yang dikenali sebagai Bolillo, dalam satu surat disiarkan persekutuan bola sepak Panama.

Media Panama melaporkan Gomez akan mengendalikan Ecuador, yang berakhir di tangga kelapan pada pusingan kelayakan Piala Dunia zon Amerika Selatan dan gagal layak ke Russia.

Gomez melatih Ecuador dari 1999 hingga 2004 dan mengemudi mereka ke Piala Dunia 2002, empat tahun selepas mengendalikan negara kelahirannya Colombia ke pusingan akhir.

Gomez mengambil alih Panama pada 2014 dan membantu mereka menduduki tangga ketiga kelayakan, susulan gol pada minit ke-88 pada perlawanan terakhir, yang membolehkan mereka mengatasi Honduras menerusi perbezaan gol dan Amerika Syarikat dengan satu mata.

Di Russia, Panama bergelut apabila kalah kepada Belgium, England dan Tunisia, melepaskan 11 gol dan hanya menjaringkan dua gol.

“Russia 2018 satu permulaan, saya memenuhi janji saya untuk membawa Panama ke Piala Dunia pertama mereka dan ia akan kekal dalam ingatan saya dan semua rakyat Panama, sepanjang hayat,” tulis jurulatih berusia 62 tahun itu.

“Panama berada di laluan baik untuk terus melakar sejarah bola sepak.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here