Jurulatih skuad terperangkap dalam gua minta maaf

0
64
Advertisement



MAE SAI: Jurulatih pasukan bola sepak remaja Thailand yang terperangkap selama dua minggu di dalam sebuah gua banjir di sini memohon maaf kepada ibu bapa semua remaja terbabit di dalam nota yang disiarkan oleh Tentera Laut Thai hari ini.

Ia adalah mesej pertama dari Ekkapol Chantawong, 25, satu-satunya lelaki dewasa yang terperangkap selama sembilan hari bersama 12 budak lelaki berusia 11 hingga 16 tahun sehingga ditemui penyelamat Isnin lalu.

“Kepada semua ibu bapa, semua anak-anak dalam keadaan baik. Saya berjanji akan menjaga mereka dengan sebaik mungkin,” katanya dalam satu nota yang dikirimkan kepada penyelam Jumaat lalu dan dikongsi di laman Facebook Tentera Laut unit SEAL Thailand hari ini.

“Terima kasih di atas semua sokongan moral dan saya mohon maaf kepada semua ibu bapa,” katanya.

Ramai memuji beliau yang sanggup memberikan bahagian makanan kepada anak-anak itu sebelum mereka ditemui penyelamat.

Tidak kurang juga yang mengkritik kerana bersetuju membawa anak-anak muda itu ke dalam gua semasa musim tengkujuh.

Kumpulan itu memasuki gua Tham Luang di Chiang Rai pada 23 Jun lalu dan terperangkap apabila air naik mendadak dan membanjiri sistem gua.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here