Juruterbang ditemui mati di pergunungan Alps

0
34


GRENOBLE, Perancis: Seorang juruterbang warga Britain yang dilaporkan hilang di kawasan pergunungan Alps, Perancis ditemui mati dalam serpihan peluncurnya.

Kelmarin, pasukan penyelamat dimaklumkan mengenai kehilangan juruterbang berusia 69 tahun itu yang berlepas sehari sebelumnya dari drom udara Serres-La Batie.

Penyelamat menemui mayat mangsa yang namanya tidak didedahkan bersama peluncur pada ketinggian kira-kira 2,300 meter.

Mangsa dipercayai terlanggar puncak gunung berhampiran kawasan Val-des-Pres di utara wilayah Briancon, tenggara Perancis.

Pihak berkuasa penerbangan sudah dipanggil untuk menyiasat nahas itu. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here